The following letter is a template you can copy / paste and send to your trade representatives in Malaysia:
Senator Tengku Zafrul Aziz: Minister of Investment, Trade & Industry tengkuzafrul@miti.gov.my
YBrs. Puan Mastura Ahmad Mustafa, Deputy Secretary General (Trade):
Feel free to make any modifications.
Kepada Senator Tengku Zafrul Aziz, Minister of Investment, Trade & Industry,
and YBrs. Puan Mastura Ahmad Mustafa, Deputy Secretary General (Trade),
YB Senator,
Saya ingin memohon agar kerajaan saya melakukan segala yang mungkin untuk menyokong ratifikasi Perjanjian Subsidi Perikanan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Laut kita kini sedang mengalami krisis: 35% stok marin global dieksploitasi berlebihan dan penangkapan ikan haram adalah sebahagian besar masalahnya. Penangkapan ikan secara berleluasa bukan hanya mengancam kehidupan marin, tetapi juga menjejas mata pencarian dan status ‘nutritional’ penduduk di seluruh dunia.
Perjanjian baru ini akan melarang pemberian subsidi untuk penangkapan ikan haram, tidak dilaporkan, dan tidak dikawal (IUU), penangkapan ikan dari stok yang dieksploitasi berlebihan, dan juga menamatkan subsidi untuk penangkapan ikan yang tidak dikawal di laut dalam yang meliputi dua pertiga laut sedunia. Perjanjian ini juga akan menjadi yang pertama dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk dicapai, dengan menjadikan SDG 14 Sasaran 6 sebagai realiti.
Perjanjian Subsidi Perikanan WTO ini adalah titik permulaan untuk mengelakkan kejadian bencana laut, tetapi ia memerlukan ratifikasi dua pertiga ahli WTO untuk berkuatkuasa.
Justeru itu, saya ingin menuntut agar kerajaan saya mengambil tindakan untuk mencegah bencana laut yang kini dihadapi.
• Sila sahkan perjanjian WTO dan menggalak negara-negara lain untuk melakukan perkara yang sama melalui hubungan diplomatik dan perdagangan.
• Pastikan bahawa perunding perdagangan kita bekerjasama dengan WTO di Geneva untuk melaksanakan regulasi yang lebih komprehensif, termasuk penamatan subsidi yang menyumbang kepada kelebihan kapasiti dan penangkapan ikan berlebihan.
Terima kasih atas sokongan Tuan dalam melindungi lautan kita untuk generasi masa depan.
Sekian,
Email to: mastura@miti.gov.my or tengkuzafrul@miti.gov.my
Copyright © 2024 Change Makers: The Global Race to Save Our Seas - All Rights Reserved.
Powered by GoDaddy